Tuesday, September 29, 2009

hepy raya day



salam eid fitri to all muslim..hepy mkn kueh raya..

Saturday, September 12, 2009

Hitler - THE RISE OF EVIL

mcm mana seorang biasa boleh menjadi seorang yang sangat berpengaruh di German. patut tonton citer ini, bnyak knowledge.dan kau akan perasan yang dengan hanya dengan petah berkata-kata, kau bisa sangat berpengaruh.dan benda ini mcm jd dekat malaysia.siapa tahu?

this what i get for wanting more.

kesempurnaan.itu perkataan yang aku cuba cari maksud sebenarnya.benda yang terlalu subjektif.perkataan yang bagi aku terlalu menghukum seseorang.apa sebernanya itu sempurna? siapa yang nilai kita ini sempurna?kenapa perlu sempurna?sebab kau tak suka cacat?kau tak suka hodoh?kadangkala, bila kita rasa diri ini tidak sempurna dekat mata orang lain, aku sebnarnya,bukan kita, aku cuba make this looser's body to be seen perfect.melakukan apa saja asal nampak sempurna.menipu,berbohong,menjadi hipokrit, sebab? aku xnak nampak bodoh di depan mata seseorang.untuk diterima seseorang.susah untuk menjadi diri sebenar dan dalam masa yang sama, mahu diterima semua orang.sebab semua orang pun mahu sempurna,termasuk aku.semua orang nak cantik,nak baik.orang hodoh,dan jahat mcm aku ni.mesti kena sepak tepi.kalau ada budak buat senarai nama siapa-yang-nak-member-ngan-aku.dalam list tu.nama aku mesti ada kat nombor 40 dan ke atas.aku memang bukan orang yang sempurna la.kan?xada ciri-ciri tu.dengan manusia pun dah tak ada, apa lagi ngan Dia.tapi Dia still sayang kat aku.aku dapat rasa. tiap hari kasih sayang dia mencurh-curah kat aku.tapi aku? i still the forgetting one.maafkan ak tuhan.sebab aku selalu mengeluh.

Thursday, September 10, 2009

the conversation spark,what an easy way to break the ice.

bila marah, semua aku nak tendang, aku nak sepak,fuck itu dan ini, hilang pedoman, rasa sia-sia je buat itu dan ini. ah, bodoh la aku ni, emosi mengalahkan perempuan period. bercerita pasal agama, tapi diri ni teruk jugak, bercerita pasal politik, tapi belum boleh mengundi, bercakap pasal muzik, tapi dengar certain dua lagu je,bercerita pasal semangat perkauman itu dan ini,pergi topup di kedai cina jugak,bercerita pasal anti-racist tapi bila dalam kelompok sendiri,mengutuk kaum lain juga,letak nickname konon mcm sXe,tapi still smoke.beriya-iya mengutuk orang, tapi diri ni lebih kurang jugak.bercakap pasal punya attitude sendiri,tapi still ikut trend semasa.itu aku.hipokrit.lupa nak cermin diri ni,dan selalu sangat lupa.banyak makan semut mungkin.cakap diri aku teruk,sampah,tapi still nak orang lain apprciate aku.belum cukup sampah agaknya.konon nak bertindik,tanda aku protest,tanda aku nak tunjuk orang yang aku keras,tapi bila gaduh ngan girlfriend.cair jugak.bodoh betul.bukan,malu betul.semalam aku cakap, aku ni sampah,tapi hari ini,aku cakap besar,kat aku hebat.selalu aku ckp hidup aku cuma seorang je kat dunia ni,tapi aku still ada family,bagi aku duit,ada kawan-kawan,lepak ngan aku.aku selalu cakap aku tak peduli apa orang kata pasal aku.tapi bila diorang tegur,kutuk,puji,aku amek kesah pulak.gila gedik aku ni manusia.manusia yang tak perlu hidup.sebab mcm sia-sia je mengeluh.tak menjana apa-apa.cuma pandai mengeluh.so?aku patut mati?tpi aku takut sakit.

God, Show Me The Light

bila aku perasan, dalam dunia ni kita tiada sesiapa.apatah lagi hari selepas kita dibangkitkan.

Wednesday, September 02, 2009

As We Always Do.We Whisper. And It Makes Us Look Same.

suatu hari aku telefon ayahanda aku.mungkin aku rindu dia.dalam masa yang sama.kami berbincang mengenai soal pelajar sekolah yang menghadapi dilema.sains dan matematik dalam bahasa inggeris.ah.aku sebenarnya memang tak mau amek port.tapi mungkin ini untuk kesedaran aku.aku bila dah tinggi.jangan lupa orang yang dibawah.(mungkin la kalau aku diletak di tempat tinggi,tapi aku gayat. :P).ayahanda aku ada timbulkan soal.kesian pada kanak-kanak ini.mereka yang belajar.otak mereka yang bekerja.tapi, orang yang sepatutnya,seolah-olah mempermainkan mereka.sekejap guna bahasa inggeris.sekejap change balik bahasa melayu.

siapa aku nak mengkritik.tapi, aku rasa, sebagai manusia, pasti aku mahu lihat anak aku bekembang cerdas.aku rasa mereka yang diatas itu kurang adil.mereka menggunakan isu ini sebagai umpan untuk masa depan politik mereka.

come on la.kanak-kanak bro.apa diorang tahu.kenapa mereka pun perlu dieksploitasi.aku memang sangat setuju apabila 2 subjek itu diajar dalam bahasa inggeris.bukan aku mengagungkan bahasa luar.tapi aku rasa.dengan bahasa inggeris, mereka bisa pergi jauh.takkan lah dari sudut ilmiah yang sememangnya matematik dan sains itu datang dari luar.kita masih mempersoalkan nya lagi.aku rasa.malaysia tidak relevan.bahan bacaan untuk subjek itu masih kurang yang ditafsir dalam bahasa ibunda kita.banyak lagi yang terma-terma dan istilahnya yang masih dalam bahasa inggeris. bukan aku bersikap memilih.tapi dunia yang kejam sekarang memaksa kita untuk menguasai bahasa inggeris.aku tahu sebab aku punya pengalaman.bayangkan apabila kau berjaya masuk university, dan sememangnya,bahasa inggeris itu yang diguna pakai untuk memenuhi ISO.so, bukan kah itu menjadi kepayahan bagi aku? dan pelajar lain.
lagipun,salah ke anak-anak yang baru ini bijak inggeris? mengapa?kau cemburu mereka akan lebih bijak?akan lebih maju?kau takut mereka menggugat pengaruh kau bila mereka dewasa?bukan banyak pun diorang belajar.2 subjek saja.takkan lah kita hilang identiti bahasa bila kita belajar subjek ini dalam bahasa inggeris.masalah nya, orang kampung seperti aku ini.kalau tidak didedah kan dengan bahasa inggeris? sampai bila orang macam aku ini mau duduk dalam kepompong.aku mau juga bisa terbang menjadi rama-rama.kau suka kami duduk di kampung-kampung saja?kami juga mahu majukan kampung kami.dan bahasa inggeris itu sangat membantu.
bagi aku, ini semua kerja orang yang punya pengaruh dan menggunakan isu ini untuk kepentingan diri.ini pendapat aku.bohong kalau orang-orang ini bodoh inggeris.silap-silap, pertuturan mereka sehari-hari dalam bahasa inggeris.anak-anak mereka tidak fasih berbahasa melayu.orang bandar la katakan.mungkin mereka tidak pernah bersekolah melayu atau kebangsaan,mereka belajar di sekolah inggeris dan sekolah antarabangsa.bagaimana pula anak-anak mereka?adakah ditempatkan di sekolah biasa? atau sekolah elit yang menggunakan bahasa inggeris?kau mahu sistem monarki?yang mana dulu bapak kau pemimpin.dan sekarang kau pula.dan akan datang? anak kau?kau tak mau orang lain? begitu?

demi kepentingan mereka.mereka cuba menjadi hero.memperjuangkan bahasa ibunda.memperjuangkan kami.tapi hakikat sebenar?

ah,manusia,aku memang tidak heran.tapi aku kesian,bila adik-adik aku sukar untuk belajar.kos untuk bahan bacaan dan buku teks silih berganti kian meningkat.aku rasa.generasi kini perlu menguasai bahasa inggeris.dan tidak melupai bahasa ibunda.malahan, apabila di alam pekerjaan.bahasa inggeris itu penting untuk kita lebih maju.jangan samakan kita dengan jepun dan german.mereka sudah lama besar.mereka penah menjadi kuasa besar.sudah pasti dalam bidang ilmiah,mereka punya banyak sumber.mereka sudah lama maju? kita? kita masih membangun.kita perlu kan suatu yang boleh membawa kita kearah yang maju.


lagipun,bahasa ini bukan milik kita.ia tuhan beri percuma buat kita.kenapa kita perlu berpecah hanya kerana isu ini.
xapizx

Tuesday, September 01, 2009

August Rush

kalau kau rasa musik itu indah.kau tonton film ni.terima kasih buat alif afwan yang menyuruh aku mnonton.

im so stupid teacher.please teach me.

membaca dan menulis.aku perlu benda tu.walaupun aku lupa,malas,buat-buat malas,tiada daya,bosan dan lain-lain.tapi perkara itu yang boleh menjamin masa depan.sebab dari kecil lagi aku diasuh untuk buat perkara itu. aku di tekan dengan no 1 itu bagus. aku diasuh dengan bila kau mahu berjaya, kau perlu di depan, mengatasi orang lain. aku perlu menonjol di dalam kelas.tapi hakikat nya.kadang mereka lupa mengajar aku.apa erti sebenar kehidupan.selain kerja.selain wang.apakah aku tidak bisa berjaya.bahagia.bukan aku mahu menyalahkan sesiapa.tapi aku kadang kala lupa.yang tiada yang lebih didalam hidup ini. bersederhana itu lebih baik.sebab bersederhana itu membentuk aku menjadi manusia.kerana aku perasan,bila aku terdesak mengikut rentak.mengejar hadapan yang kadangkala jauh lebih laju dari daya aku.membuat aku akan melakukan sesuatu yang merubah aku menjadi raksasa.malah lebih kejam.ya.memang.bila aku melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.yang pasti aku akan hidup mewah.aku berjaya.tapi hakikat sebenar? bila aku lihat.doktor yang menjual dadah dan surat cuti kepada yang bukan hak. jurutera yang meluluskan projek yang tidak sepatutnya. pemimpin-pemimpin rakyat yang pecah amanah. polis-polis yang ber-rasuah.aku tidak pasti.adakah no 1 yang aku kejar masa aku di sekolah itu akan membentuk aku menjadi raksasa ini? mereka ini bukan lah bodoh. mereka orang yang boleh membaca dan menulis.mereka orang yang kita beri nama intelek.mereka ini bukan mereka yang dahulu di kelas no 30. mereka profesional.sekarang?bantu aku.berikan aku definisi berjaya dalam hidup? biar apabila guru aku tanya.bila besar mau jadi apa? aku punya hujah.untuk jawapan aku.saya mahu berjaya dalam hidup cikgu.(mungkin aku xpunya peluang untuk menjawab soalan itu.sekolah dewasa mungkin?haha) ah.manusia itu cuma reti menyalahkan perkara lain.kesalahan itu tiada dalam kamus hidup diri sendiri.macam aku.

xapizx

merdeka

ah freedom.itu yang semua mahukan.setiap tahun kita menyambut kemerdekaan tanpa kita sedar apa yang kita merdeka-kn.bila beratus ribu ringgit dihabiskan dengan membayar duit-duit artis untuk menyanyikan lagu patriotik.menganjurkan pesta-pesta.membakar wang ringgit menjadi bunga api yang keseronokan tidak sampai 2 minit.lagi sekejap dari menghisap dunhill yang hanya bernilai 70sen.itu yang diserap dalam minda kita.dalam jiwa kita.pengaruh sekitar kita begitu.jangan salahkan kami yang muda.kalau kamu yang tua tidak boleh memahami sendiri pengertian merdeka itu.siapa yang mencetus idea-idea ini kalau bukan ideologi-idealogi kamu.kami hidup tidak sampai sedekad.mana lah kami mengerti apa itu merdeka.zaman itu sudah berlalu.ini yang kami tahu.ini yang diajar.pengaruh ini yang dibawa.siapa yang ajar kami kalau bukan yang tua.mengapa kami yang selalu disalahkan? dan takkan lah kami tahu menyambut kemerdekaan itu tanpa di ajar? bukan nya kami pencetus idea bernas ini.

selamat menyambut hari kemerdekaan yang ke 52.semoga kita sentiasa hidup dalam berkat-Nya.

xapizx