membaca dan menulis.aku perlu benda tu.walaupun aku lupa,malas,buat-buat malas,tiada daya,bosan dan lain-lain.tapi perkara itu yang boleh menjamin masa depan.sebab dari kecil lagi aku diasuh untuk buat perkara itu. aku di tekan dengan no 1 itu bagus. aku diasuh dengan bila kau mahu berjaya, kau perlu di depan, mengatasi orang lain. aku perlu menonjol di dalam kelas.tapi hakikat nya.kadang mereka lupa mengajar aku.apa erti sebenar kehidupan.selain kerja.selain wang.apakah aku tidak bisa berjaya.bahagia.bukan aku mahu menyalahkan sesiapa.tapi aku kadang kala lupa.yang tiada yang lebih didalam hidup ini. bersederhana itu lebih baik.sebab bersederhana itu membentuk aku menjadi manusia.kerana aku perasan,bila aku terdesak mengikut rentak.mengejar hadapan yang kadangkala jauh lebih laju dari daya aku.membuat aku akan melakukan sesuatu yang merubah aku menjadi raksasa.malah lebih kejam.ya.memang.bila aku melakukan sesuatu yang tidak sepatutnya.yang pasti aku akan hidup mewah.aku berjaya.tapi hakikat sebenar? bila aku lihat.doktor yang menjual dadah dan surat cuti kepada yang bukan hak. jurutera yang meluluskan projek yang tidak sepatutnya. pemimpin-pemimpin rakyat yang pecah amanah. polis-polis yang ber-rasuah.aku tidak pasti.adakah no 1 yang aku kejar masa aku di sekolah itu akan membentuk aku menjadi raksasa ini? mereka ini bukan lah bodoh. mereka orang yang boleh membaca dan menulis.mereka orang yang kita beri nama intelek.mereka ini bukan mereka yang dahulu di kelas no 30. mereka profesional.sekarang?bantu aku.berikan aku definisi berjaya dalam hidup? biar apabila guru aku tanya.bila besar mau jadi apa? aku punya hujah.untuk jawapan aku.saya mahu berjaya dalam hidup cikgu.(mungkin aku xpunya peluang untuk menjawab soalan itu.sekolah dewasa mungkin?haha) ah.manusia itu cuma reti menyalahkan perkara lain.kesalahan itu tiada dalam kamus hidup diri sendiri.macam aku.
xapizx
No comments:
Post a Comment