Kadang, kita perlu tahu tahap kita.
Ada kala, kita rasa gembira, bila semua benda salah, semua benda yang tak betul, kita masih bias ketawa. Ada masa juga, bila benda terbalik, mood entah kemana, jiwa entah kemana. Aku cuma rasa, aku kurang sesuatu.
Aku perlukan sesuatu untuk hati ini. Mungkin agama, mungkin cinta dan mungkin rasa.
Tapi aku cukup malas. Aku malas nak bercakap, aku malas nak bergerak, aku malas nak bergaya. Sampai tahap, aku malas untuk hidup. Mungkin, ini hidup, mungkin ini la permasalahan. Hidup sibuk untuk dunia, hidup sibuk untuk cinta. Tapi aku masih tak puas.
Mungkin aku pendosa. Penulis entri entri jahil. Entri entri penuh kesedihan. Entri hopeless. Tapi aku cuma mahu lari. Lari yang tidak dikejar. Lari yang tidak berciciran. Tapi, si realiti mengajar aku, nawaitu aku yang berlari. Tidak seperti yang aku harap kan. Tidak seperti tuhan aku harapkan. Tidak seperti ibu harapkan. Abah harapkan.
Tuhan, tolong aku.
No comments:
Post a Comment